Sedutan dari : Program Tanyalah Ustaz (TV9) – 4 & 5 Julai 2012 (14 Syaaban 1433)
Penceramah: Ustaz Raihan Abdul Aziz
Antara yang dapat dikutip dari program ini:
1. Ujian yang menimpa manusia adalah sebagai muhasabah diri sebagai persiapan menuju negeri akhirat.
2. Suatu kisah oleh Sahabat Baginda Rasulullah SAW:
Ibnu Abas berkata kepada seorang sahabatnya (nama terlupa nak catat).
“Hendak aku tunjukkan seorang perempuan ahli syurga?
Lalu, Ibnu Abas menunjukkan kepada seorang perempuan kulit hitam.
Kata Ibnu Abas: Perempuan ini pernah berjumpa Rasulullah SAW. Dia mengadu dia mengalami sakit sawan dan gila babi. Bila penyakit ini menyerangnya, habis terbuka pakaiannya.
Dia meminta agar Rasulullah SAW mendoakannya.
Kata Rasulullah SAW, kalau dia mahu bersabar dengan penyakitnya, dia boleh masuk syurga tapi Rasulullah juga boleh doakan agar penyakitnya sembuh.
Lalu perempuan itu memilih untuk bersabar dan meminta Rasulullah SAW berdoa supaya auratnya tidak terbuka di kala dia sakit.
3. Kita boleh menangis apabila ditimpa musibah namun tidak boleh meraung atau mengungkit-ungkit.
Rasulullah SAW pernah menangis sewaktu anaknya Ibrahim meninggal dunia. (Ibrahim merupakan anak Rasulullah SAW bersama Mariyah Al-Qibtiyyah.)
4. Orang yang cerdik ialah orang yang mengingat mati serta berfikir untuk akhirat.
Antara tips yang elok dikongsi bersama:
(i) Sebelum tidur baca surah Al-Mulk.
(ii) Banyakkan berdoa.
Antara doanya: Ya Allah berkatilah aku semasa mati dan selepas hari kematianku.
5. Turut dibincangkan tanggungjawab seorang ayah kepada anak:
(i) Beri nama yang baik pada anak
(ii) Cari ibu yang baik untuk anak
(iii) Ajar Al-Quran kepada anak-anak.
Perlu didik anak-anak untuk:
(i) Cinta Rasulullah SAW
(ii) Cinta keluarga Rasulullah SAW
(iii) Cinta Al-Quran
Tips untuk lembutkan hati:
(i) Al-Fatihah
(ii) Ayat Kursi
(iii) Al-Baqarah (Ayat 285)
(iv) Taaha (Ayat 1-5)
(v) Berdoa
6. Dari Sayidina Umar: Hitung atau selidiklah diri kamu sebelum kamu dihitung oleh Allah SWT.
7. Rasulullah SAW bersabda:
Bacalah kamu Al-Quran. Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat dan memberi shafaat kepada mereka yang membacanya.
8. Panduan untuk muhasabah diri:
(i) Duduk bersama dalam majlis ilmu atau majlis orang alim.
(ii) Carilah kawan yang baik yang boleh menasihati kita. Kawan yang baik seperti cermin kepada kita.
(iii) Ingatkan diri bahawa kita akan mati suatu hari nanti.
- Moga perkongsian ini akan mengingatkan kita bahawa suatu hari nanti kita meninggalkan segala-galanya di dunia ini dan pulang ke kampung asal yang kekal abadi.
No comments:
Post a Comment