Monday, 16 July 2012

Mengenali Diri: Mengapa kita perlu Beribadah

Sedutan dari buku  Pesona Solat Tahajjud (Bab 1)
Oleh : Muhammad Saleh


Antara yang dipetik dari artikel ini:

  1. Mengenali diri merupakan suatu keperluan yang perlu dimiliki oleh setiap orang dan ia merupakan langkah pertama untuk mengenal Allah.

  1. Zikrullah iaitu mengingati Allah dan merasakan kehadiran Allah dalam segala urusan dan keadaan adalah asas untuk mengenal Allah.

  1. Ibadah merupakan proses bagi mencari dan menemukan jati diri.

  1. Kata Al Ghazali: Hukum mendalami ilmu mengenal jati diri adalah fardhu ain.

  1. Nabi Muhammad SAW pernah berkata: Siapa yang mengenal dirinya, pasti mengenal Tuhannya.

  1. Surah Al-Zariyat ayat 21: Ia berada dalam dirimu, mengapakah engkau tidak memerhatikannya.

  1. Secara umumnya, Allah menciptakan manusia daripada dua unsur yang berasal daripada bahan berbeza iaitu:
(i)                 Bahan yang kelihatan iaitu jasad.
(ii)               Bahan yang tidak kelihatan iaitu rohani.

8.      Dari Al-Quran dinyatakan jasad tercipta dari beberapa unsur iaitu:
(i)                 Air (Surah Al Furqan, ayat 54)
(ii)               Tanah @ Debu (Surah Al Imran, ayat 59)
(iii)             Tanah liat (Surah As Saffat, ayat 11)
(iv)             Lumpur (Surah Al Hijr, ayat 28)
(v)               Tanah tembikar (Surah Al rahman, ayat 14)
(vi)             Sari pati tanah (Surah Al mukminun, ayat 12)
(vii)           Tanah bumi (Surah An Najm, ayat 32)

9.      Proses kejadian manusia dijelaskan dalam Surah Al Mukminun, ayat 12 hingga 16. Manakala penciptaan manusia pertama Adam diterangkan damal surah as Sajdah, ayat 8.

10.  Bagi jasad ia memerlukan makanan dan minuman untuk memberi tenaga bagi melakukan aktiviti seharian.

11.  Tetapi bagi aspek rohani, ia memerlukan nur Ilahi iaitu cahaya daripada Allah yang memasuki hati orang beriman yang beribadat kepadaNya.

12.  Antara cara untuk mendapat nur Ilahi ialah dengan mengerjakan solat tahajud dengan khusyuk.

  1. Dikongsikan juga bahawa secara semulajadi, manusia memiliki dua sifat iaitu:
(i)                 Hayawaniyah
(ii)               Insaniyah.

  1. Sifat insaniyah yang membezakan manusia daripada haiwan dan sifat inilah mendorong manusia untuk meningkatkan diri menjadi manusia sempurna dengan ilmu, iman, ibadah dan amal soleh.

  1. Kehidupan ini merupakan perjalanan yang singkat dan akan berakhir. Oleh itu kita perlulah mendekatkan diri kepada Allah dengan berzikir, memohon keampunan Allah, berserah diri, bertawakkal dan mengharapkan hidayah dan pertolonganNya.

  1. Kita perlu memulakan untuk mendekatkan diri kepada Allah pada saat ini juga kerana kita tidak tahu bila Izrail akan menjemput kita pulang.

  1. Firman Allah dalam surah Al-fajr, ayat 28-30: Kembalilah pada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya. Masuklah dalam jemaah hamba-hambaku. Masuklah ke dalam syurgaku.

  1. Moga perkongsian ini akan dapat membantu kita lebih mengenal diri dan seterusnya mempertingkatkan amalan kita.

No comments:

Post a Comment