Ayat 126: Surah At-Taubah
Adakah mereka tidak sedar bahawa mereka diuji setiap tahun satu atau dua kali? Tetapi mereka tidak juga mahu bertaubat dan sedar.
Ayat 12: Surah Yunus
Apabila manusia ditimpa malapetaka, dia akan berdoa kepada Kami, sambil berbaring, duduk atau berdiri, tetapi, bila Kami jauhkan bencana itu, dia kembali sesat, seolah-olah tidak pernah berdoa kepada Kami tentang bencana yang menimpa. Orang yang melampaui batas selalu bangga akan perbuatan yang mereka lakukan.
Thursday, 2 August 2012
Monday, 16 July 2012
Mengenali Diri: Mengapa kita perlu Beribadah
Sedutan dari buku Pesona Solat Tahajjud (Bab 1)
Oleh : Muhammad Saleh
Antara yang dipetik dari artikel ini:
- Mengenali diri merupakan suatu keperluan yang perlu dimiliki oleh setiap orang dan ia merupakan langkah pertama untuk mengenal Allah.
- Zikrullah iaitu mengingati Allah dan merasakan kehadiran Allah dalam segala urusan dan keadaan adalah asas untuk mengenal Allah.
- Ibadah merupakan proses bagi mencari dan menemukan jati diri.
- Kata Al Ghazali: Hukum mendalami ilmu mengenal jati diri adalah fardhu ain.
- Nabi Muhammad SAW pernah berkata: Siapa yang mengenal dirinya, pasti mengenal Tuhannya.
- Surah Al-Zariyat ayat 21: Ia berada dalam dirimu, mengapakah engkau tidak memerhatikannya.
- Secara umumnya, Allah menciptakan manusia daripada dua unsur yang berasal daripada bahan berbeza iaitu:
(i) Bahan yang kelihatan iaitu jasad.
(ii) Bahan yang tidak kelihatan iaitu rohani.
8. Dari Al-Quran dinyatakan jasad tercipta dari beberapa unsur iaitu:
(i) Air (Surah Al Furqan, ayat 54)
(ii) Tanah @ Debu (Surah Al Imran, ayat 59)
(iii) Tanah liat (Surah As Saffat, ayat 11)
(iv) Lumpur (Surah Al Hijr, ayat 28)
(v) Tanah tembikar (Surah Al rahman, ayat 14)
(vi) Sari pati tanah (Surah Al mukminun, ayat 12)
(vii) Tanah bumi (Surah An Najm, ayat 32)
9. Proses kejadian manusia dijelaskan dalam Surah Al Mukminun, ayat 12 hingga 16. Manakala penciptaan manusia pertama Adam diterangkan damal surah as Sajdah, ayat 8.
10. Bagi jasad ia memerlukan makanan dan minuman untuk memberi tenaga bagi melakukan aktiviti seharian.
11. Tetapi bagi aspek rohani, ia memerlukan nur Ilahi iaitu cahaya daripada Allah yang memasuki hati orang beriman yang beribadat kepadaNya.
12. Antara cara untuk mendapat nur Ilahi ialah dengan mengerjakan solat tahajud dengan khusyuk.
- Dikongsikan juga bahawa secara semulajadi, manusia memiliki dua sifat iaitu:
(i) Hayawaniyah
(ii) Insaniyah.
- Sifat insaniyah yang membezakan manusia daripada haiwan dan sifat inilah mendorong manusia untuk meningkatkan diri menjadi manusia sempurna dengan ilmu, iman, ibadah dan amal soleh.
- Kehidupan ini merupakan perjalanan yang singkat dan akan berakhir. Oleh itu kita perlulah mendekatkan diri kepada Allah dengan berzikir, memohon keampunan Allah, berserah diri, bertawakkal dan mengharapkan hidayah dan pertolonganNya.
- Kita perlu memulakan untuk mendekatkan diri kepada Allah pada saat ini juga kerana kita tidak tahu bila Izrail akan menjemput kita pulang.
- Firman Allah dalam surah Al-fajr, ayat 28-30: Kembalilah pada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya. Masuklah dalam jemaah hamba-hambaku. Masuklah ke dalam syurgaku.
- Moga perkongsian ini akan dapat membantu kita lebih mengenal diri dan seterusnya mempertingkatkan amalan kita.
Sunday, 15 July 2012
Bagaimana untuk Khusyuk dalam Solat
Sedutan dari: Majalah Fardhu Ain Edisi 13 (ms.22-25)
Oleh: Muhammad Zakaria
Antara yang dipetik dari artikel ini:
1. Khusyuk berasal dari istilah bahasa Arab, kho-sya-‘a.
Dalam konteks solat bermaksud menumpukan sepenuh perhatian dan minat atau bersungguh-sungguh dengan sepenuh hati serta merendahkan diri.
2. Surah Al-Mukminun (1-2): “Telah berjayalah orang yang beriman iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya.”
3. Surah Al-Baqarah (238): “Peliharalah segala solatmu terutama solat pertengahan (Asar dan Subuh) dan berdirilah untuk Allah (melalui solatmu) dengan khusyuk.”
4. Surah Al-Ma’un (4-5): “Maka kecelakaanlah bagi orang yang solat iaitu orang yang lalai dalam solatnya.”
5. Sabda Rasulullah SAW: “Berapa ramai orang yang mendirikan solat, tetapi yang diperoleh hanya penat dan letih kerana mereka itu lalai dalam solatnya.”
6. Riwayat Al-Nasai. Sabda Rasulullah SAW: “Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam solat kecuali sekadar mana yang dia ingat.”
7. Sabda Rasulullah SAW: “Aku selalu mengingati mati dalam solat.”
“Apabila kamu solat anggaplah solat ini solat perpisahan.”
8. Sebuah hadis menceritakan bahawa Rasulullah SAW solat sunat malam hingga bengkak kaki. Ini mungkin disebabkan Baginda terlalu lama berdiri atau solat yang didirikannya hingga ribuan rakaat atau Baginda berdiri solat sepanjang malam.
Sayidatina Aisyah ra pernah menegur Baginda: “Bukankah Allah SWT telah menjaminmu masuk syurga, mengapa engkau mesti solat sepanjang malam?”
Jawab Baginda: “Tidak bolehkah aku bersyukur kepadaNya dengan solat malam kerana anugerah itu?”
9. Dari Sayidina Umar Al-Khattab: “Khusyuk itu bukan menundukkan kepala tetapi khusyuk itu dalam hati.”
10. Tips untuk khusyuk dalam solat dikategorikan kepada 6 aspek seperti berikut:
(i) Aspek kerohanian
- Ambil wuduk dengan sempurna dan berdoa selepas wuduk.
- Solat sunat wuduk 2 rakaat.
- Azan & iqamat (walaupun solat sendirian). Sekurangnya iqamat sahaja.
- Baca taawuz.
- Baca surah Al-Nas sebelum takbiratulihram untuk hindari dari gangguan syaitan.
- Pakaian, peralatan, kenderaan, tempat tinggal dan harta kita datang dari sumber yang halal tanpa syubhah.
(ii) Aspek minda
- Berusaha untuk faham makna bacaan doa iftitah, al-Fatihah, surah lain yang dibaca, bacaan tasyahud, tahmid dan zikir yang dibaca ketika solat.
- Dengar bacaan imam dalam solat Maghrib, Isyak dan Subuh bersunguh-sungguh. Cuba hayati maknanya.
- Berusaha untuk fokus sepanjang masa dengan menyedari bahawa Allah SWT sentiasa memerhati solat yang kita tunaikan.
- Sebelum solat, cuba bayangkan dalam minda seolah-olah kematian sangat hampir kepada kita. Gambarkan ini merupakan solat terakhir kita yang perlu ditunaikan sebaik mungkin.
- Dirikan solat di awal waktu agar tidak tergopoh gapah ketika waktu solat hampir luput.
(iii) Aspek hati
- Membesarkan dan merasa kehebatan Allah SWT dalam solat.
- Malu kepada Allah SWT atas kelemahan diri kita.
- Takut kepada azab dan ancaman Allah SWT.
- Berharap dengan yakin Allah SWT terima solat dan amalan kita.
- Mengajak hati hadir dalam solat.
- Kosongkan hati dari urusan dunia yang mengganggu solat.
(iv) Aspek fizikal
- Pilih tempat solat yang tenang dan sunyi.
- Letak sutrah di tempat sujud supaya orang tak melintas di hadapan kita.
- Tempat yang tidak terlalu panas atau terlalu sejuk.
- Pakai pakaina warna putih, hitam atau hijau.
- Ditegah solat pakai pakaian yang ada gambar, tulisan, lukisan atau berwarna warni kerana akan buatkan orang lain hilang kekhusyukkan ketika berjemaah.
- Guna sejadah yang tidak terlau banyak gambar kerana akan menyebabkan fikiran menerawang.
(v) Aspek perbuatan
- Solat berjemaah di masjid atau rumah. Kerana solat berjemaah lebih udah khusyuk dari solat bersendirian.
- Luruskan saf solat sebelum takbiratulihram.
- Rapatkan antara satu sama lain hingga bahu bertemu bahu dan tiada ruang antara dua jemaah.
- Baca dengan baik.
- Kurangkan pergerakan kaki, tangan, kepala dan badan.
- Tumpu pandangan mata ke tempat sujud.
- Rukun solat dipindahkan secara tertib.
(vi) Aspek pemakanan
- Jaga pemakanan dari sumber yang halal dan tak syubhah.
- Tidak terlau kenyang atau terlalu lapar.
- Jika makanan terhidang, makan dahulu jika waktu solat masih panjang.
- Bersugi sebelum solat.
11. Menurut Imam al-Ghazali, orang yang tidak khusyuk solat dikira sia-sia kerana tujuan solat selain dari mengingati Allah SWT, juga berfungsi sebagai pencegah perbuatan keji dan mungkar. Solat merupakan munajat seorang hamba terhadap Allah SWT.
12. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah: 45-46: “Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang yang khusyuk. Iaitu orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepada Nya.”
13. Moga perkongsian ini akan dapat membantu kita meningkatkan kekhusyukkan dalam solat.
Ramadhan: Ketika kita dijemput menjadi TETAMU ALLAH
Sedutan dari: Majalah Al-Islam Julai 2012 (ms.20-23)
Oleh: Norimanah Seman
Antara yang dipetik dari artikel ini:
1. Dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda:
“Bila Ramadhan telah datang, maka dibuka pintu rahmat, dikunci neraka jahanam dan dirantai semua syaitan.”
2. Perkongsian doa agar bila kita makan, makanan itu akan menyihatkan badan:
“Ya Allah sihatkanlah aku daripada makanan yang aku makan.”
3. Sabda Rasulullah SAW: “Bukanlah kekayaan itu harta yang melimpah, akan tetapi kekayaan (yang sebenarnya) ialah kaya jiwa.”
4. Perkongsian ilmu dengan Pengasas Spiritual NLP Training, Dr Azhar Sarip: Puasa sebulan di bulan Ramadhan, diikuti 6 hari di bulan Syawal dan ditambah 4 hari sebagai latihan amali akan menjadikan 40 hari kita berpuasa. Bila amalan diamalkan selama 40 hari, ia akan menjadi setitis darah. Iaitu darah yang dilatih untuk takwa, mengingati, bergantung pada Allah, menguasai nafsu, menjadi hebat, mendekatkan diri kepada Allah serta berfikiran positif. Sel darah akan hidup selama 120 hari yang bermakna kita akan hidup dengan amalan baik selama 120 hari.
5. Dari Abu Ayyub Al-Anshari, Rasulullah bersabda: “Siapa yang puasa di bulan Ramadhan, kemudian diiringinya dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, maka yang demikian itu seolah-olah berpuasa sepanjang masa.” (HR Muslim).
6. Seterusnya penjelasan oleh Dr Azhar Sarip: Setiap satu kebaikan dibalas dengan 10 kebajikan. Jadi 30 hari puasa di bulan Ramadhan akan menjadi 300. Ditambah dengan 6 hari puasa sunat Syawal menjadi 60. Maka ditambah bersama menjadi 360 yang hampir bersamaan dengan bilangan hari dalam setahun.
7. Hadith Riwayat Muslim: “Makan sahurlah kamu kerana makan sahur itu mengandungi berkat.”
8. Perkongsian doa apabila tiba waktu Asar sewaktu berpuasa:
“Ya Allah. Aku mohon kepada Mu Ya Allah, agar dikurniakan makanan berbuka yang mengenyangkan dan menambah kecintaan kepada Mu. Ya Allah.”
9. Riwayat Ibnu Majah: “Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu, doa yang tidak ditolak ketika dia berbuka.”
10. Doa adalah senjata orang mukmin dan ia menghubungkan kita dengan Allah secara roh.
11. Semoga perkongsian ini, akan menambahkan ketakwaan kita kepada Allah SWT.
Tuesday, 10 July 2012
Muhasabah Diri (Bahagian 1 & 2)
Sedutan dari : Program Tanyalah Ustaz (TV9) – 4 & 5 Julai 2012 (14 Syaaban 1433)
Penceramah: Ustaz Raihan Abdul Aziz
Antara yang dapat dikutip dari program ini:
1. Ujian yang menimpa manusia adalah sebagai muhasabah diri sebagai persiapan menuju negeri akhirat.
2. Suatu kisah oleh Sahabat Baginda Rasulullah SAW:
Ibnu Abas berkata kepada seorang sahabatnya (nama terlupa nak catat).
“Hendak aku tunjukkan seorang perempuan ahli syurga?
Lalu, Ibnu Abas menunjukkan kepada seorang perempuan kulit hitam.
Kata Ibnu Abas: Perempuan ini pernah berjumpa Rasulullah SAW. Dia mengadu dia mengalami sakit sawan dan gila babi. Bila penyakit ini menyerangnya, habis terbuka pakaiannya.
Dia meminta agar Rasulullah SAW mendoakannya.
Kata Rasulullah SAW, kalau dia mahu bersabar dengan penyakitnya, dia boleh masuk syurga tapi Rasulullah juga boleh doakan agar penyakitnya sembuh.
Lalu perempuan itu memilih untuk bersabar dan meminta Rasulullah SAW berdoa supaya auratnya tidak terbuka di kala dia sakit.
3. Kita boleh menangis apabila ditimpa musibah namun tidak boleh meraung atau mengungkit-ungkit.
Rasulullah SAW pernah menangis sewaktu anaknya Ibrahim meninggal dunia. (Ibrahim merupakan anak Rasulullah SAW bersama Mariyah Al-Qibtiyyah.)
4. Orang yang cerdik ialah orang yang mengingat mati serta berfikir untuk akhirat.
Antara tips yang elok dikongsi bersama:
(i) Sebelum tidur baca surah Al-Mulk.
(ii) Banyakkan berdoa.
Antara doanya: Ya Allah berkatilah aku semasa mati dan selepas hari kematianku.
5. Turut dibincangkan tanggungjawab seorang ayah kepada anak:
(i) Beri nama yang baik pada anak
(ii) Cari ibu yang baik untuk anak
(iii) Ajar Al-Quran kepada anak-anak.
Perlu didik anak-anak untuk:
(i) Cinta Rasulullah SAW
(ii) Cinta keluarga Rasulullah SAW
(iii) Cinta Al-Quran
Tips untuk lembutkan hati:
(i) Al-Fatihah
(ii) Ayat Kursi
(iii) Al-Baqarah (Ayat 285)
(iv) Taaha (Ayat 1-5)
(v) Berdoa
6. Dari Sayidina Umar: Hitung atau selidiklah diri kamu sebelum kamu dihitung oleh Allah SWT.
7. Rasulullah SAW bersabda:
Bacalah kamu Al-Quran. Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat dan memberi shafaat kepada mereka yang membacanya.
8. Panduan untuk muhasabah diri:
(i) Duduk bersama dalam majlis ilmu atau majlis orang alim.
(ii) Carilah kawan yang baik yang boleh menasihati kita. Kawan yang baik seperti cermin kepada kita.
(iii) Ingatkan diri bahawa kita akan mati suatu hari nanti.
- Moga perkongsian ini akan mengingatkan kita bahawa suatu hari nanti kita meninggalkan segala-galanya di dunia ini dan pulang ke kampung asal yang kekal abadi.
Pengiraan Masuk Waktu Dhuha berasaskan Astronomi
Sedutan dari: Majalah Solusi (2012), Isu: 41 , ms 82
Antara yang dipetik dari artikel ini:
1. Waktu Solat Dhuha dikira bermula dari waktu naik matahari sehingga waktu condong matahari ke barat (berakhir apabila masuk waktu Zuhur).
2. Berdasarkan bidang astronomi, waktu masuk solat Dhuha adalah berdasarkan faktor waktu masuk Subuh dan waktu masuk Syuruk.
3. Bagi kalendar yang memaparkan waktu-waktu solat, kita dapati ia bukan hanya memaparkan waktu solat fardhu 5 waktu, tapi juga tertera waktu Syuruk.
4. Berdasarkan bidang astronomi:
Waktu masuk Dhuha
= waktu masuk Syuruk +1/3(waktu masuk syuruk – waktu masuk Subuh)
Berdasarkan Kalendar 2012 keluaran Pusat Kutipan Zakat Pahang,
Jadual Waktu Solat bagi Zon 3 Negeri Pahang (Maran, Chenor, Jengka, Temerloh, Bera & Jerantut) pada 4 Mac 2012 (Ahad) ialah seperti berikut:
Waktu Syuruk : 0721 am
Waktu Subuh : 0604 am
Jadi berdasarkan kiraan astronomi, pada 4 Mac 2012 (Ahad), waktu masuk Dhuha di Zon 3 Negeri Pahang (Maran, Chenor, Jengka, Temerloh, Bera & Jerantut) ialah:
waktu masuk Syuruk +1/3(waktu masuk syuruk – waktu masuk Subuh)
= 0721 + 1/3(0721- 0604)
= 0721 + 1/3(77)
= 0721 + 25 minit 40 saat
= 0746 + 40 saat
Jadi, waktu masuk Dhuha di Zon 3 Negeri Pahang pada 4 Mac 2012 (Ahad) ialah pada pukul 7.47 am
5. Moga perkongsian ini akan dapat membantu kita menentukan waktu masuk Dhuha.
Subscribe to:
Comments (Atom)